PENGAJIAN KITAB BERSANAD (di Dewan Syeikh Daud Al-Fathani)

Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI) dan Khazanah Fathaniyah telah mengadakan kelas pengajian bersanad pada setiap hari Sabtu bermula jam 9 malam iaitu pengajian kitab thuras karangan ulama nusantara sejak awal tahun 1990 semasa hayat Tuan Guru Wan Muhammad Shaghir Abdullah. Kitab-kitab yang telah dikhatamkan antaranya ialah Faridahtul Faraid, Munyatul Mushalli dan Hidayatus Salikin. Kitab yang tidak sempat dikhatamkan ialah Minhajul Abidin(disyarah oleh Syeikh Wan Daud bin Abdullah Al-Fathani) setelah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Wan Muhammad Shaghir Abdullah pada 24 Rabi’ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007. Kelas Pengajian terakhir bersama Tuan Guru Wan Muhammad Shaghir Abdullah adalah di Dewan Syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah al-Fathani beralamat No 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 51100 Kuala Lumpur.

Kelas pengajian bulanan telah diteruskan oleh Tuan Guru Baba Wan Abdul Aziz asy-Shafie al-Fathani, antara kitab yang diajar ialah Faridahtul Faraid, Munyatul Mushalli dan Kanzul Minan, Hikam Abi Madyan(disyarah oleh Syeikh Wan Daud bin Abdullah al-Fathani).

PENGKAJI juga pernah mengundang tetamu jemputan untuk memberikan tazkirah antaranya Syeikh Muhiyiddin Waly, Tok Ku Ibrahim, Kyai Muhammad Ismail bin Abdullah al-Banjari, Kyai Syarif Hidayatullah, Tuan Guru Fahmi Zam-Zam, Kyai Zainol Ariffin, Kyai Ali Badri juga beberapa para Habaib dari Hadramaut, Yaman.

PENGAJIAN MINGGUAN

Pengajian tetap mingguan telah berjalan bermula awal bulan Januari tahun 2008 yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Halim Saad. Antara kitab yang telah dikhatamkan ialah Faridahtul Faraid karangan Syeikh Wan Ahmad al-Fathani, Munyatul Mushalli karangan Syeikh Wan Daud al-Fathani dan Zahratul Murid Fi Bayani Kalimatut Tauhid karangan Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Palembani.

Pengajian mingguan diteruskan hingga sekarang, berikut sedikit maklumat :

Tempat : Dewan Syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah al-Fathani
Alamat : No 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 51100 Kuala Lumpur
Waktu : Sabtu bermula jam 9.30 pagi – 11.30 pagi(tertakluk kepada perubahan jadual terakhir)
Kitab yang diguna pakai;
1. Matla’al Badrain(Fekah) karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani
(Bermula 6/1/1008 hingga sekarang, masuk bab Jenayah)
2. At-Tanwir Syarah Sahih Muslim(Hadits)
(Bermula 6/9/2014 hingga sekarang, masuk Hadits Yang Ke 7

Kami mengajak semua yang berminat dan berkelapangan untuk hadir mengikuti kelas pengajian tersebut. Sebarang pertanyaan berkaitan jadual dan kitab sila hubungi Tuan Haji Azman bin Mufti ditalian 019-3225140.

Mohon disebarkan