Ziarah Makam Wali Songo Kali ke-3

posted in: Uncategorized | 0

Ziaran Makam Wali Songo 2016

Kembali lagi buat kali ke-3, dijemput daftar bagi yang berminat!.

Untuk pendaftaran, sila muat turun borang berikut atau boleh hubungi terus pejabat Khazanah Fathaniyah (03-42656444/ sms @ whatsapp hp rasmi : 017-9272434).

Tentatif dan Borang Ziarah Makam Wali Songo 2016

====================

TENTATIF PERJALANAN:
(Surabaya – Semarang – Bandung – Jakarta)
30 Mac hingga 3 April 2016 (Rabu – Ahad)

HARI PERTAMA :

– Ketibaan rombongan dari Kuala Lumpur – Lapangan Terbang Juanda Surabaya
– Ziarah makam Sunan Ampel
– Melawat Masjid Cheng Ho
– Acara bebas (Lokasi: Tanggulangin, Sidoarjo)
– Ziarah makam Sunan Giri
– Ziarah makam Maulana Malik Ibrahim
– Ziarah makam Sunan Drajad
– Melawat Masjid Ashabul Kahfi
– Menginap di Tuban

HARI KEDUA :
– Ziarah makam Sunan Bonang
– Ziarah Petilasan Sunan Bonang
– Ziarah makam Sunan Muria
– Ziarah makam Sunan Kudus
– Menginap di Kudus
– *Melawat Pondok Pesantren Gus Mus Mustafa al-Bisri ATAU Pondok Pensantren Maemun Zubir atau pondok pesantren lain.
(Tertakluk kepada keizinan dan budi bicara salah satunya).

HARI KETIGA :
– Ziarah makam Sunan Kalijaga
– Melawat Masjid Demak dan ziarah makam Sultan Demak
– Ziarah makam Syeh Jumadil Kubro
– Acara bebas (Lokasi: Pandanaran)
– Berangkat ke Cirebon, ziarah makam Sunan Gunung Jati
– Berangkat ke Bandung

HARI KEEMPAT :
– Melawat Gunung Tangkuban Perahu*
– Bertolak ke Jakarta
– Melawat tempat-tempat pelancongan di Jakarta seperti Masjid Istiqlal, MONAS dsb.
– Menginap di Jakarta
*Tertakluk kepada persetujuan semua ahli rombongan. Bayaran masuk perseorangan ditanggung masing-masing.

HARI KELIMA :
– Melawat Masjid Kubah Emas
– Melawat PPPA Darul Qur’an, Jakarta.
– Acara bebas.
– Pulang ke Kuala Lumpur.

 

Keterangan tambahan :

I) BAYARAN
– Bayaran Pendahuluan – RM500.
– Bayaran Keseluruhan (termasuk Pendahuluan) – RM1,750
(Baki pembayaran diselesaikan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum keberangkatan)

II) PAKEJ ZIARAH
Pakej adalah termasuk perkara-perkara berikut:
– Tiket kapal terbang pergi dan pulang
– Kenderaan perjalanan iaitu bas ekspress yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Wifi (Contoh bas seperti Ziarah kali ke-2)
– Penginapan hotel (2 orang/ 1 bilik)
– Disediakan makanan ringan (seperti roti, keropok, air mineral) sekali setiap hari

*Tidak termasuk :
– Kos makan dan minum sepanjang perjalanan (makanan sampingan dan utama seperti nasi adalah tanggungan sendiri), namun persinggahan kedai makan tempatan setiap tempat akan diuruskan oleh pihak agensi.
– Beli belah barangan peribadi dan cenderamata
– Permintaan pertukaran kenderaan lain, selain yang telah ditetapkan oleh pihak Khazanah Fathaniyah.

III) PERKARA LAIN
– Bagi yang berminat, pastikan tarikh luput passport lebih dari 6 bulan dari tarikh keberangkatan.
– Tempat penginapan/ Hotel adalah bertaraf dua dan tiga bintang.
– Kapal terbang :
1) KL – Surabaya : Airasia
2) Jakarta – KL : Garuda

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian telefon pejabat KF : 03-42656444.

Leave a Reply