Koleksi Digital

Khazanah Fathaniyah

Khazanah Fathaniyah

Pengenalan

Koleksi digital ini merupakan konsep penerbitan terbaru di Khazanah Fathaniyah sebagai satu cabang usaha penyebaran khazanah turath ulama Nusantara yang terdapat di dalam koleksi almarhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah Ar-Riyauwi Al-Fathani. Koleksi ini ditawarkan dalam bentuk pakej langganan bulanan dan tahunan serta pembelian tajuk pilihan. 

Buat masa ini, koleksi digital dibuka untuk kegunaan individu sahaja (satu emel langganan/ akses). Pakej langganan institusi akan ditawarkan kelak, inshaAllah.

Pakej Langganan

Akaun langganan boleh melihat keseluruhan kandungan koleksi digital dalam tempoh langganan, muat turun (PDF) dan simpan di peranti peribadi.

Harga Pengenalan (Malaysia & Luar Negara):

  • RM 150 (sebulan)
  • RM 1,500 (setahun)

** Harga ini akan meningkat pada tahun 2021 dan terdapat perbezaan harga Malaysia dan Luar Negara pada masa akan datang.

Langganan dan dokumentasi kadar institusi akan diterbitkan dalam tahun 2021, inshaAllah.

Pembelian Tajuk Pilihan

Bagi pengunjung yang tidak melanggan koleksi ini, boleh membuat pembelian PDF tajuk tertentu di Kedai Online Koleksi Digital.

Paparan PDF & Kandungan Percuma

PDF adalah berwarna, imej hasil pengimbasan (scanning) daripada naskhah koleksi dan paparan buku/kitab terbuka.

Terdapat beberapa kandungan koleksi digital percuma, iaitu bertanda mangga tidak berkunci (icon unlock) untuk melihat contoh sebelum langgan.

Tempoh loading mengambil masa agak lama kerana hasil scan tidak dioptimize supaya paparan kepada pembeli/ pelanggan jelas.

Hakcipta

Keseluruhan kandungan terbitan koleksi digital di laman web Khazanah Fathaniyah (001050373-V) tertakluk perlindungan hakcipta berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.