gambar kurang jelas kerana telah dioptima kepada saiz fail yang kecil.

RM 35.00RM 100.00

Jika habis stok dan ingin buat tempahan awal, sila isi borang ini. Kami akan hubungi anda semula untuk kepastian dan kemaskini.

FATHUL MANNAN SYARAH MATAN ZUBAD

فتح المنان ترجمة لصفوة الزبد
Oleh: Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani
Merupakan salah satu karya terjemahan bahasa Melayu Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani dari kitab Shafwatuz Zubad karangan Imam Ibnu Ruslan.
 
Diselesaikan di Makkah pada hari Ahad, 16 Ramadhan 1249H/ 27 Januari 1834M. Dicetak hampir seratus tahun setelah selesai penulisan, tepatnya pada 10 Sya’ban 1330H/ 24 Julai 1912M oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah. Kitab ini dicetak atas usaha Syeikh ‘Abdullah Daud, Syeikh Muhammad Nur yang kedua-duanya merupakan anak Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani (pengarang kitab Mathla’ul Badrain, Bahrul Wafi dll).
 
Beberapa halaman bahagian akhir kitab ini dicetak bersama satu risalah berjudul Muzakaratul Ikhwan, juga karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani yang diselesaikan pada malam Isnin, 20 Ramadhan 1249H/ 31 Januari 1834M iaitu beberapa hari selesainya kitab Fathul Mannan. Dipercayai pentashhih pertama kitab ini ialah Syeikh Ahmad al-Fathani, dan termasuk kitab yang tidak banyak dicetak.
 
Berusia hampir 200 tahun penulisannya, diteruskan pengedarannya di Khazanah Fathaniyah. Naskhah yang diedarkan di Khazanah Fathaniyah hari ini merupakan naskhah yang terdapat catatan pinggir kitab berasal dari Kerajaan Sambas yang dihadiahkan kepada putera Pangeran Temenggung Wazir, Kerajaan Mempawah, Kalimantan Barat, Indonesia. Dicatat juga, berasal dari Abdur Rahman al-Fathani.
 
Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah dalam karya Perkembangan Ilmu Fiqh dan Tokoh-Tokohnya di Asia Tenggara, menulis bahawa kitab Fathul Mannan dikupas sangat ilmiyah, banyak perkara-perkara penting dimuat di dalamnya, selain fiqhi mazhab Syafi’i, ushuluddin dan tasawwuf juga termasuk sejarah beberapa imam-imam penting penegak mazhab.
ISBN: 978-967-2126-24-9
Cetak ulang.