Merupakan sebuah karya Haji Wan Mohd Shaghir yang diterbitkan di bahagian Sejarah Bahasa dalam Jurnal Dewan Bahasa keluaran November 1990, halaman 857-864. Artikel ini kemudiannya diterbitkan di Khazanah Fathaniyah, berjudul “Koleksi Karya Ilmiah Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah Mengenai Kitab Melayu/ Jawi Dalam Jurnal Dewan Bahasa 1990-1991”.
Merupakan sambungan daripada artikel yang termuat dalam Jurnal Dewan Bahasa bulan November 1990. Petikan dari Pendahuluan; “Seperti yang telah disenaraikan, kesemua karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani yang baru ditemukan adalah sepuluh judul dan yang telah diberikan penjelasan hanya tujuh judul sahaja. Di bawah ini adalah penjelasan tentang judul-judul yang berikutnya;”.