“Bermula ma’nā RAJA itu:

Jika dekat RAJA itu dengan ma’nā KHALĪFAH, iaitu khalīfah Rasulullah S.A.W pada mendirikan Islām dan menghukūmkan akan segala hamba Allāh dengan hukūman Qur’ān Hadīth dan Ijmā’.
.
Jika dekat RAJA itu dengan ma’nā SULTĀN, maka iaitu mengeraskan hukūman atas segala ra’yatnya pada segala hukūman yang ‘ādil yang datang daripada Allāh dan Rasūl-Nya.
.
Dan jika dekat RAJA itu dengan ma’nā IMĀM, maka iaitu ikutan segala ra’yatnya pada segala hukūman dan perintahnya yang tiada membawa kepada kufur dan maksiat.
.
Ma’nā Imām itu di hadapan yang diikut perintahnya, sebab itulah Bani Isrā’īl kemudian daripada Nabī Allāh Mūsā ‘alayhi al-salām minta’ mereka itu akan mendirikan seseorang Raja yang jadi ikutan mereka itu pada berperang dengan jalan Allāh Ta’ālā…”

~Raja ‘Alī Hāji, dari kitab Thamarat al-Muhimmah (hlm.28).

________

KETERANGAN KITAB:
.

Judul –
(Buah-buahan yang Dicita-cita, Hal Keadaan Jadi Jamuan bagi Raja-raja dan bagi Orang Besar-besar yang Mempunyai Pekerjaan di dalam Tempat Berhukūm).
.
Pengarang : Raja ‘Alī Hāji bin Raja Hāji Ahmad Riau (Pujangga Melayu Masyhur)
Halaman : 176 muka surat.
ISBN : 978-983-9701-87-6.
Harga : RM37.00 (kulit keras)
Edisi : Jawi & Rumi (dalam 1 kitab)