RM 32.00

Out of stock

Jika habis stok dan ingin buat tempahan awal, sila isi borang ini. Kami akan hubungi anda semula untuk kepastian dan kemaskini.

Manuskrip Ilmu Wad’i

Koleksi: Wan Mohd Shaghir
علم الوضع
Manuskrip Ilmu Wadh’i ini adalah salah satu koleksi manuskrip dan kitab nadir koleksi Hj Wan Mohd Shaghir bin Abdullah. Terbitan ini adalah dalam bentuk salinan berwarna dari naskhah asli dan tiada apa-apa perubahan.

Kandungan: Semantik Arab

Tebal: 23 halaman.

Ukuran: 24 x 16.5 cm.

Diselesaikan: Tidak dapat dikenalpasti

Manuskrip: Manuskrip ini di dalam koleksi Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang belum direkodkan dalam katalog beliau. Dicatitkan oleh beliau pada sampul:

“Penting علم البديع الشيخ احمد بن محمد زين بن مصطفى الفطاني” (lihat halaman 1). Manuskrip ini telah diteliti oleh Ustaz Amer Hudhaifah Hamzah (Penyelidik Universiti Malaya) pada 1 Mac 2018 ketika mendapatkan data bagi tujuan tesis peringkat Doktor Falsafah (PhD). Beliau menyatakan manuskrip ini berkaitan “Ilmu Al-Wadh’i” iaitu semantik Arab, dan tidak dipastikan karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathani, kemungkinan catatan ringkas dengan dakwat merah adalah catatan Syeikh Ahman Al-Fathani. Wallahu’alam.

ISBN: 978-967-2126-28-7
Scroll to Top